Illegear, syarikat pengedar laptop gaming yang boleh diubahsuai kini menawarkan laptop gaming yang lebih nipis dari sebelumnya. S7 Elite, adalah sebuah laptop yang bersaiz 17 inci, lebih 5.09mm nipis dari model sebelumnya, S7 pada paras 24.89mm. Malah, model ini juga menyediakan sambungan Thunderbolt 3, sebuah fungsi khas untuk menggunakan kad grafik bersaiz besar.
S7 Elite didatangkan dengan panel IPS 1080p dengan teknologi G-Sync dan boleh dinaiktaraf ke resolusi 4K. Pembeli juga boleh memilih CPU i7-7700HQ atau i7-7820HK yang lebih berkuasa dengan kebolehan overclock. Manakala GTX 1070 (8GB) dipasangkan sebagai kad grafik untuk laptop ini, akan tetapi pembeli membuat pilihan yang murah dengan kad GTX 1060 (6GB). Papan kekunci penyalaan RGB juga disedia dan juga bateri yang lebih besar, 66WH daripada 60WH untuk model S7.
Untuk storan pula adalah 1TB HDD dengan 120GB SSD bersama dengan 8GB DDR4 RAM, namun ia boleh dinaiktaraf ke 32GB.
S7 Elite boleh didapati pada paras harga dari RM7,299 sehinggalah RM10,796 untuk spesifikasi maksima. Menariknya harga permulaannya adalah lebih murah dari model S7.
Pembelian boleh dibuat melalui atas talian bersama dengan fungsi penyesuaian didalam laman web rasmi mereka.
Artikel Asal: Gamer Matters