Call of Duty: WWII mungkin telah memenangi banyak hati peminat selepas kegagalan siri sebelumnya, Infinite Warfare. Namun, ianya tidaklah sempurna yang disangka, kerana isu sambungan pelayan semenjak minggu lepas mendatangkan kemarahan pada banyak pihak.
Ramai pemain meluahkan perasaan tidak hati atas isu tersebut dan akhirnya pihak pemaju permainan ini, Sledgehammer Games mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum bahawa mereka kini sedang bekerja keras untuk mengatasi masalah yang berlaku.
“We’re not there yet, and we won’t rest until we are.”
Mengikut dari kesemua isu yang diutarakan, Sledgehammer memberi maklum balas satu persatu seperti isu atas talian, pelayan dedikasi mereka, kekerapan permainan terputus hubungan dari pelayan dan juga pelbagai masalah-masalah yang lain.
Tidak disangka COD: WWII ternyata memberi impak positif kepada umum- prestasi jualan yang baik di UK adalah salah satu faktor dan bukti ianya didalam landasan yang betul.
Call of Duty: WWII sudahpun berada dipasaran semenjak 3hb November untuk PS4, Xbox One dan PC.
Sumber: Rolling Stone