Semenjak dari tarikh pelancaran hingga sekarang, banyak masalah telah berlaku bagi Batman: Arkham Knight versi PC. Masalah yang agak serius sehingga Warner Bros. pernah menarik semula jualan game ini dari pelayar Steam untuk membaiki semula dengan isu grafik yang agak berat.
Selepas beberapa bulan, Warner Bros. menjual semula Arkham Knight di pelayar Steam, namun malangnya isu sebelum ini masih tidak lagi diselesaikan. Kini patch baharu dikeluarkan untuk memastikan pengalaman bermain yang lancar bersama Batman untuk PC. Berikut adalah senarai baik pulih yang akan hadir dengan patch baharu ini:
- Baik pulih isu bug untuk fail save game
- Baik pulih isu yang berkaitan dengan Windows 10 untuk beberapa set tetapan bahasa
- Baik pulih isu berkaitan dengan keyboard dan mouse
- Baik pulih isu cutscene untuk beberapa spesifikasi yang berkaitan.
- Baik pulih isu prestasi grafik
- Penambahbaikan prestasi yang berkaitan dengan VRAM
- Isu yang berkaitan dengan setup Multi-Monitor
- Penstabilan dan penambahbaikan untuk mengelak dari isu “crash”
- Isu grafik Rendering khususnya berkaitan dengan shadow dan lighting
- Sokongan DLC baharu