fbpx

6 Permainan Pilihan Bulan Oktober 2020

Nampaknya bulan Oktober makin menarik dengan pelbagai permainan yang ramai nantikan. Tanpa buang masa lagi, mari lihat 6 permainan pilihan yang dilancarkan pada bulan “spooky” ini.

#1 – Crash Bandicoot 4: It’s About Time (PS4 & Xbox One) – 2hb Oktober

Permainan platformer yang dibangunkan oleh Toys for Bob, sebuah studio yang terlibat dengan pembuatan semula permainan klasik kepada Crash Bandicoot N.Sane Trilogy dan Spyro Reignited Trilogy. Kini mereka diberi tugas untuk membuat sekuel kepada permainan klasik ini untuk kembalikan nostalgia didalam dunia permainan video moden.

Beli secara atas talian di Lazada.*

#2 – Star Wars: Squadrons (PS4, PC & Xbox One) – 2hb Oktober

Permainan tempur di angkasa melalui alam semesta Strar Wars membolehkan pemain menjadi juruterbang jet pejuang yang terkenal didalam siri filem tersebut seperti X-Wing dan Tie Fighters. Penceritaan permainan ini ditempatkan selepas Return of the Jedi.

Beli secara atas talian di Lazada.*

- Iklan -

#3 – RIDE 4 (PS4, PC & Xbox One) – 8hb Oktober

Peminat sukan motosikal kini boleh menunggang motor yang diidamkan melalui permainan motosikal RIDE 4 yang membawakan ratusan model motor untuk ditunggangi. Ianya juga didatangkan sistem siang/malam dan cuaca yang dinamik.

#4 – FIFA 21 (PS4, PC, Switch & Xbox One) – 9hb Oktober

Permainan sukan yang kebiasaannya dikeluarkan pada setiap tahun, dan siri FIFA tidak terlepas untuk tahun 2021 juga. Beberapa kandungan dan fungsi kecil turut ditambah didalam permainan ini. Namun, untuk versi Switch ianya agak kontroversi apabila EA membuat keputusan untuk melancarkan versi legasi yang mengandungi hampir tiada perubahan untuk siri 2021. Untuk pembelian versi PS4 atau Xbox One, EA menawarkan naik taraf percuma ke konsol gen-kini.

#5 – Ghostrunner (PS4, PC, Switch & Xbox One) – 27hb Oktober

Jikalau “hack & slash” adalah permainan yang anda minati, semestinya pandang pertama Ghostrunner ini pilihan anda. Permainan ini menempatkan didalam dunia cyberpunk yang memberikan karakter dengan kebolehan untuk bergerak dengan pantas dengan senjata pedang untuk menempuh musuh.

#6 – Watch Dogs Legion (PS4, PC & Xbox One) – 29hb Oktober

- Iklan -

Siri Watch Dogs kembali di kota London dengan krew-krew yang ingin melumpuhkan kerajaan khususnya dengan teknologi godaman. Uniknya, siri ini bakal membawakan pelbagai karakter dari banyak jenis latar belakang melalui skil mereka masing-masing.

*Setiap pembelian di Lazada melalui pautan diatas, kami akan memperoleh komisen dari Lazada.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -