Artikel ini ditulis oleh Mejah, salah seorang penulis dari laman web SemuanyaBola.com. Ingin menulis artikel dan kongsikan kepada pembaca GamerMalaya? Emel kami di gamermalaya.my@gmail.com
Salam satu Malaysia warga gamers. Seperti tahun lepas, bila saya berkunjung ke luar negara seperti Singapura, Jepun dan Australia,(even sometimes some shops in Malaysia also), saya akan kongsikan pengalaman berkunjung ke kedai game negara depa.
Niat saya hanya nak sharing pengalaman dan review kedai saja, tak lebih dari itu.
Kali ini saya berada di bandar Gladstone, Australia. Dan apa lagi kedai game paling famous di Australia kalau bukan gedung EB Games.
Compare dengan kedai EB Games di Karratha yang saya pernah review tahun lepas,cawangan EB games di Gladstone adalah jauh lebih besar dari di Karratha. Maka,lebih banyak barang yang boleh didapati disini. Lebih sedap nak cuci mata.
Apa yang best di sini?
Dari segi harga games,ia bergantung kepada populariti game tersebut. Kadang-kadang,game lama lebih mahal dari game yang lebih baru kerana game lama tersebut lebih popular di pasaran Australia. Sila rujuk website EB Games Australia untuk price list.
Yang best di kedai EB Games ni adalah, selain menjual game dan aksesori game yang baru,mereka turut membeli dan menjual game dan aksesori yang “preowned” (second hand). Of course, jika anda nak save duit, anda boleh beli konsol atau game second hand pada harga yang jauh lebih murah dari yang baru.
Selain jual beli game dan konsol secondhand, anda digalakkan untuk mencari Collectors Edition atau game Steel Case yang rare dan tak masuk pasaran Malaysia dan Singapura. Jika bernasib baik, ada Collectors Edition yang masih baru yang dijual pada harga yang diskaun gila-gila.
Apa yang tak digalakkan?
Simple. Kena pandai berbelanja. Kadang-kadang, harga games yang preowned juga hampir sama dengan yang baru. Jadi,lepas pilih, compare betul-betul harga sebelum bayar.
Harga sesetengah game yang prewoned juga kadang kala jauh lebih murah di Malaysia. Jadi kena tahu harga game semasa.
Dan usually, game-game preorder dan game-game yang baru saja dilancarkan, harganya amat mencekik darah. Most of the time, better beli di Malaysia kalau ia game baru. Unless, kalau limited edition yang tak direlease di Malaysia. Itupun kalau anda collectors lah.
Game paling murah,harga berapa? Game apa?
Game paling murah berharga AUD 1$ (RM3.15), game PS3, DJ Hero 2. Lain-lain title yang below AUD 5$ adalah game-game lama macam; FIFA 12, FIFA WC10, Gitar Hero, Child of Eden, Blazblue, Rainbow 6 Vegas, Red Faction, Gears of War, Fallout 3, AC1, etc. Yup,semua title bawah RM15. Rujuk website deme untuk info penuh.
Konsol berapa harga? PS3? PS4?
Konsol. Ada yang baru,ada yang preowned. Yang paling murah adalah NDSi (AUD39), PSP (AUD38), Wii (AUD 54). Then, 60G Xbox 360 (AUD88), 4G XBox 360 E (AUD98), 40G PS3 (AUD108), Vita (AUD168).
WiiU (AUD258), XBOne (AUD 418), PS4 (AUD478). Yang PS4 baru, dengan 3 game bundle (AUD 549). Kat Malaysia, lagi murah saya rasa.
Lain-lain?
Banyak game Xbox dan PS. But kurang sikit game, Nintendo dan Vita. But,stil ia kedai game yang serba serbi ada.
Masuk je kedai ni, wallet kena jaga. Takut tembus sedap rasa nak beli banyak benda. Dari gaming, depa ada jual used Iphone, Ipod dan Ipad juga,both new dan preowned. Ada juga jual figurines, topi, baju, dan pelbagai barang lain berasaskan gaming.
Ia ibarat syurga kepada gamers. Ibarat kanak kanak masuk ke kedai gula-gula.
Sekian perkongsian saya. Thanks sebab sudi baca.
Artikel ini ditulis oleh Mejah, salah seorang penulis dari laman web SemuanyaBola.com. Ingin menulis artikel dan kongsikan kepada pembaca GamerMalaya? Emel kami di gamermalaya.my@gmail.com