Journey, sebuah permainan video yang dibangunkan oleh thatgamecompany akan hadir ke platform Steam pada 11hb Jun ini melalui pengumuman penerbit mere, Annapura Interactive melalui Twitter pagi tadi.
Permainan ini telahpun dilancarkan ke platform PC melalui Epic Game Store pada Jun tahun lepas. Journey adalah sebuah permainan video mengenai karakter unik yang mengembara ke gunung tinggi sebagai destinasi terakhir. Namun banyak cabaran dan puzzle perlu ditempuh dan uniknya, pemain lain mungkin akan sertai secara rawak dan identiti tanpa nama untuk mencapai tujuan yang sama.
Journey adalah pemain yang asalnya dilancarkan pada platform PlayStation 3 pada 2012, dan kemudiannya platform PlayStation 4 pada tahun 2015. Anda boleh lihat video perbandingannya disini.
Halaman Steam telahpun dibuka untuk permainan ini, namun harga masih belum diumum setakat ini.

