Nintendo semalam mengeluarkan statistik bahawa jualan Fire Emblem Fates kini mencecah 300,000 unit selepas pelancarannya minggu lepas. Ini memberikan sebuah rekod baharu sebagai penjualan game yang terpantas bagi siri ini di Amerika Syarikat.
Ianya terjual lima kali ganda berbanding daripada rekod yang lepas iaiatu Fire Emblem Awakening pada tahun 2013.
Manakala Fire Emblem Fates Revelation akan hadir dipasaran pada 10hb Mac ini.

