Berdasarkan dari statistik, jualan Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain menunjukkan bahawa jualannya untuk platform PS4 adalah tiga kali ganda berbanding Xbox One untuk jualan minggu pertama selepas pelancaran.
Statistik yang dikeluarkan oleh GfK Chart Track, 72% dari seluruh jualan adalah untuk PlayStation 4, manakala hanya 22% untuk platform Xbox One. Untuk platform lain seperti PS3 dengan 3% dan 2% untuk Xbox 360.
ANDA MUNGKIN MEMINATI: Perbandingan Grafik Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain
Walaupun The Phantom Pain mencatat rekod dengan jualan terpantas berbanding siri MGS sebelum ini, namun jualannya masih lagi tidak mampu menandingi statistik The Witcher 3 dan Batman: Arkham Knight yang masih lagi memegang rekod sebagai game dengan jualan terpantas untuk tahun ini.

