Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Jualan Nintendo Switch Mencecah Hampir 20 Juta Unit

Atau secara tepatnya pada rangka 19.67 juta unit

44

Nintento baru sahaja mengeluarkan statistik jumlah jualan syarikat tersebut, dari segi unit produk dan juga perisian / permainan video melalui laporan kewangan mereka baru-baru ini. Ternyata, statistik dari laporan tersebut agak positif dan selepas mimpi buruk mereka terhadap konsol generasi sebelumnya, Wii U.

Namun, penjualan tersebut masih lagi lemah dan membawa keresahan kepada pelabur, dimana sebanyak 1.88 juta unit Switch terjual dari April hingga Jun 2018. Namun, Nintendo menyasarkan untuk penjualan sebanyak 20 juta unit Switch dari April 2018 sehingga Mac 2019 nanti, dimana ianya salah satu yang agak besar dan agak sukar diperolehi kerana jualan yang kian lemah. Sebagai perbandingan, 2.93 juta unit dijual berbanding dengan 7.23 juta dari dua suku tahun yang lepas.

Jefferies’ Atul Goyal, Analisa Nintendo melaporkan kepada Business Insider, bahawa penjualan Switch akan memberi impak kepada harga stok pasaran dari peningkatan yang mendadak, akan mendapat pengurangan atau tiada peningkatan didalam masa 3 bulan nanti.

Jumlah jualan rasmi Nintendo Switch adalah berada diparas 19.67 juta unit setakat ini pada 30hb Jun 2018, manakal jualan perisian adalah pada 89.93 unit.

Super Mario Odyssey kini dihadapan dengan jualan sebanyak 11.17 juta unit, dan diikuti oleh Mario Kart 8 Deluxe (10.35 juta) dan juga Zelda: Breath Of The Wild (9.32 juta).

Sumber: EngadgetCNETWCCFTech

Artikel Asal: Gamer Matters