fbpx

Jualan Steam Winter Bermula

Seperti yang dijangka, satu lagi jualan dari Steam bermula pada hari ini. Jualan yang bernama Steam Winter Sales ini akan membawakan diskaun kepada banyak permainan yang ada didalam pelayar itu sehingga 5hb Januari, 4PM.

Jikalau anda inginkan penambahan permainan video baharu didalam koleksi anda, mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk membuat pembelia, ataupun berikannya sebagai hadiah kepada rakan.

Dalam masa yang sama, The Steam Awards kembali, selepas ianya dibuka untuk pemilihan didalam Autumn Sales yang lepas. Kali ini anda diberi peluang untuk mengundi permainan yang anda inginkan. Pengundian dibuat mengikut dari pelbagai kategori dan ianya bertukar pada setiap hari. Kategori yang dimaksudkan adalah seperti anugerah “Choices Matter”, “Mom’s Spaghetti”, mahupun anugerah bernama “Cry Havoc And Let Slip The Dogs Of War”.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -