fbpx

Jualan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 Mencecah 1 Juta Unit

Nampaknya permainan papan luncur masih lagi mendapat tempat kepada peminatnya, mahupun didalam bentuk remaster dari versi klasiknya.

Activision membuat pengumuman jualan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 telahpun mencapai satu juta unit. Permainan ini juga dinobatkan sebagai permainan yang paling pantas dijual didalam siri Tony Hawk’s ini.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 adalah sebuah permainan yang dibuat semula dari versi klasik siri pertama dan kedua yang pernah dibangunkan oleh Neversoft pada tahun 1999 dan tahun 2000.

Permainan ini telahpun dilancarkan dan boleh didapati di PS4, PC (Epic Games Store) dan Xbox One.

Berkaitan

- Iklan -

Komen