Berdasarkan informasi sebelum ini, Witcher 3: Wild Hunt sudah mencecah melebihi 1 Juta hanya secara pembelian pre-order. Kini selepas 2 minggu dari tarikh pengeluaran CD Projekt Red sekali lagi mendapat pencapaian yang terhebat dengan rekod jualan lebih dari 4 Juta unit setakat ini.
“Kebanyakan reviu mendapat lebih dari 90 markah secara purata untuk Witcher 3” kata Marcin Iwinski, Pengasas Bersama CD Projekt Red.
“Lebih dari 4 Juta peminat game jenis RPG membelanjakan wang dari hasil titik peluh mereka untuk game ini.” Katanya lagi.
The Witcher 3 adalah sebuah game jenis open-world yang dilancarkan baru-baru ini dengan markah reviu yang cemerlang.
Ikuti siaran Youtube kami dengan video ala Let’s Play didalam Bahasa Malaysia!

