Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Kandungan Baharu Untuk Forza Horizon 4, Series 6 Akan Membawakan Kereta Regalia Dari FFXV

71

Forza Horizon 4 sekali lagi membawakan kandungan mereka kepada pemain. Kali ini, kandungan bernama Series 6 akan membawakan lebih banyak kereta beserta dengan pelbagai acara oleh pemajunya, Playground Games.

Salah satu kandungan yang agak menarik perhatian kami adalah, Regalia dari Final Fantasy XV. Ianya tidaklah sebuah berita yang mengejutkan, atas sebab kereta ini telahpun diberi pada siri Horizon yang lepas. Akan tetapi, Regalia kali ini juga akan didatangkan dengan trak Type D.

Beberapa kandungan dengan kereta seperti 1959 Cadillac Eldorado Biarritz Convertible, 1994 Honda Prelude Si, 1994 Nissan Fairlady Z S Twin Turbo dan juga 2018 TVR Griffith serba baharu.

Sumber: Forza