Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Kandungan Season Pass & DLC Untuk Resident Evil 7 Diketahui

29

Penantian ramai selepas video trailer dan demo diberi kepada umum, Resident Evil 7 akan berada dipasaran pada 24hb Januari nanti.

Menurut dari Capcom, permainan ini akan mempunyai sekurang-kurangnya 7 DLC yang dijadualkan untuk pasaran kesemuanya sebelum hujung tahun 2017. Kandungan season pass juga telahpun dinyatakan melalui laman sesawang Steam, dengan memberi akses kepada pemain jalan cerita “tambahan”. Jalan cerita yang dipanggil, “banned footage” adalah seperti berikut:

  1. Banned Footage Vol. 1
    • Nightmare
    • Bedroom
    • Ethan Must Die
  2. Banned Footage Vol. 2
    • 21
    • Daughters
    • Jack’s 55th Birthday
  3. Additional Story Episode

Setakat ini tiada harga rasmi untuk koleksi season pass ini. Resident Evil 7 akan dikeluarkan untuk platform PC, PS4 dan Xbox One pada hujung bulan ini.