Kanzuki Beach Didalam Street Fighter V Adalah Berdasarkan Pantai Di Malaysia

Now Reading
Kanzuki Beach Didalam Street Fighter V Adalah Berdasarkan Pantai Di Malaysia

Percaya atau tidak, Malaysia sekali lagi terpilih sebagai destinasi pilihan didalam industri permainan video. Seperti biasa, permainan Street Fighter akan menggunakan banyak lokasi latar belakang yang berkait dengan tempat yang sebenar, ini adalah untuk mengaitkan seni perlawanan dari negara masing-masing. Manakala Street Fighter V lebih memfokuskan tempat dari beberapa negara pada setiap tempat perlawanan.

Namun, versi Arcade Mode akan membawakan banyak kandungan kecil dari siri sebelumnya dan salah satu kandungan tersebut adalah menyatakan lokasi untuk tempat perlawanan seterusnya, bukan sahaja nama fiksyen tempat tersebut.

Apa yang memeranjatkan adalah salah satunya adalah ditempatkan di Malaysia. Maklumat ini ditemui melalui ahli komuniti Malaysia Fighting Game, Fitri Amir dengan paparan gambar dari blog Capcom Unity yang menunjukkan bendera Malaysia semasa skrin pemuatan.

Namun selepas Capcom menyiarkan Arcade Mode melalui akaun strim Twitch mereka, ternyata tempat di Malaysia itu benar dan bernama Kanzuki Beach.

Walaubagaimanapun, ini adalah salah satu tempat yang telahpun dilarang untuk diguna semasa perlawanan rasmi esukan atas kerana kesan ombak yang mengganggu penglihatan pada bahagian dasar dan sekaligus memberi kelebihan kepada karakter yang menyerang dibahagian bawah.

Tempat ini agak masuk akal bagi kami. Dengan latar belakang tempat penginapan yang kebiasaan dilihat si Asia Tenggara, dan juga penglibatan Streamline Studios yang mempunyai studio mereka di Malaysia.

Maka Kanzuki Beach adalah sebuah tempat perlawanan Street Fighter V yang pertama ditempatkan di Asia Tenggara.

Terima kasih kepada Fitri Amir dari Facebook Malaysian Fighting Game Community kerana menemui maklumat ini.

Artikel Asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen