fbpx

KartRider Rush+ Mencapai 3 Juta Pra-Daftar Dalam Masa Seminggu

KartRider Rush+, sebuah permainan adaptasi dari siri KartRider terkenal, mendapat sambutan yang hebat, sekurang-kurangnya, tiga juta orang.

Minggu lepas, Nixon baru sahaja membuka pra-daftar untuk permainan mudah alih KartRider Rush+, dan jumlah pendaftaran telahpun mencecah 3 juta hanya didalam masa seminggu.

Permainan arked percuma-untuk-main ini akan membawakan beberapa hadiah kepada sesiapa yang mendaftar:

  • Skelemech Kart
  • Karakter Slugger Dao
  • 5,000 Turbo Crystals
  • 3,000 K-Coins

KartRider Rush+ adalah permainan serba baharu didalam siri ini. Dan ianya dibawakan dengan beberapa gaya seni baharu, penambahbaikan grafik, mekanik layangan baharu, dan juga beberapa mod permainan yang lain.

Permainan ini akan dilancarkan kelak di iOS dan Android. Anda masih boleh pradaftarnya disini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -