Razer Game Store, sebuah kedai atas talian mereka yang dilancarkan pada April tahun lepas, akan ditutup tidak lama lagi.
Laman web yang menyediakan penjualan kod permainan dari pelayar Steam dan Uplay ini telahpun membuat pengumuman bahawa mereka akan menutup laman webnya sebagai “salah satu strategi syarikat” pada 1hb Mac nanti, jam 5AM waktu Malaysia.
Namun kepada pengguna / pembeli usah risau atas kerana penjualannya hanya melibatkan kod maya yang boleh ditebus didalam pelayar masing-masing, konsep yang hampir sama seperti Humble Bundle. Untuk sesiapa yang masih belum tebus, anda boleh rujuk pada emel anda untuk kod tersebut.
Untuk sesiapa yang pernah pra-beli, Razer Game Store akan memberi kod selepas permainan tersebut dilancar. Razer Gold dan Razer Silver juga masih boleh diguna untuk ditebus sama untuk permainan atau diskaun tambahan.
Selepas hampir setahun pelancaran, Razer Game Store mengundur diri dari dunia penjualan atas talian mereka.