Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Kedai Konsep Pertama MSI Kini Dibuka di Plaza Lowyat

101

20160112_123103 (Custom)

MSI, sebuah jenama terkenal untuk segmen industri gaming yang membawakan pelbagai produk dari Laptop Gaming sehingga Kad Grafik dan juga Motherboard. Pagi tadi, MSI melancarkan kedai konsep mereka buat julung kalinya di Malaysia. Terletak di pusat membeli belah yang terkenal, Plaza Lowyat, beberapa laptop dipaparkan untuk memberi peluang kepada orang ramai mencuba produk-produk mereka.

20160112_124034 (Custom)

Dalam masa yang sama, MSI juga melancarkan beberapa produk baharu mereka untuk pasaran Malaysia. Dari jenis gaming laptop sehingga “workstation” laptop diumumkan. Namun apa yang menarik hati adalah sebuah teknologi baharu untuk dunia gaming. Tobii, sebuah sistem penjejak mata (eye-tracker) yang akan hadir bersama siri baharu gaming laptop MSI, GT72S. Sistem ini akan mengikut gerakan mata pemain untuk pelbagai fungsi, sebagai contoh, pemain boleh menoleh kiri atau kanan dengan pergerakan mata.

20160112_115159 (Custom)

Pengunjung boleh melihat pelbagai demonstrasi dan pengalaman bermain bersama sistem Tobii ini di kedai konsep mereka terletak di tingkat 2, Plaza Lowyat.

20160112_123837 (Custom)

20160112_123234 (Custom)

20160112_123826 (Custom)