MSI, sebuah syarikat dari Taiwan yang tidak asing dengan komponen untuk PC akan melancarkan kedai konsep mereka yang terbesar di dunia, dan ianya terletak di Malaysia, khususnya, berhadapan pintu masuk utama Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.
Pelbagai aktiviti disediakan seperti temuramah bersama media, promosi jualan, cabutan bertuah, sesi bersama peminat dan juga perlawanan permainan video. Malah, beberapa selebriti industri permainan video dijemput, seperti Babyoling (pemain profesional Dota 2), SongSen (Youtubers), dan juga ZadPumpkin (Youtubers).
Acara ini dibuka kepada semua untuk hadir dan ianya percuma. Pelancaran akan dibuat pada 16hb Oktober ini, jam 1:30PM. Untuk maklumat lanjut layari laman acara Facebook mereka, atau mendaftar secara atas talian.