Riot Games mengumumkan kejohanan pertama untuk permainan taktikal FPS baharu mereka, Valorant untuk rantau Asia Tenggara.
Acara Valorant Pacific Open akan membawakan 10 pasukan teratas dari negara-negara serantau seperti Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia, juga Taiwan dan Hong Kong untuk merebut hadiah kumpulan sebanyak USD $20,000.
Riot bekerjasama dengan Cyber Games Arena, syarikat penganjur yang termasyur di Hong Kong dan Taiwan untuk kejohanan esukan ini.
Kejohanan terbuka ini akan bermula melalui pusingan kelayakan pada 3hb Julai nanti. Ianya terbuka kepada mana-mana pasukan dan pendaftaran dibuka dari sekarang sehingga 1hb Julai.
Pemenang dari pusingan kelayakan bakal menyertai peringkat akhir yang akan diacarakan pada pertengahan Ogos nanti. Untuk sesiapa yang berminat, anda boleh mendaftar disini.