Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Kelab E-Sukan Kini Berada Di Universiti Tempatan

151

Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah satu negara yang agak agresif dari segi industri e-sukan. Dari segi acara-acara perlawanan e-sukan, sehinggalah pihak media seperti Astro melancarkan siaran langsung untuk acara yang berkaitan dengan industri ini.

Semalam, eSports Malaysia (eSM), sebuah badan dibawah Majlis Sukan Negara Malaysia yang mempromosikan industri e-sukan mengeluarkan senarai tentang 8 buah universiti yang mempunyai kelab e-sukan.

Dengan banyak pandangan negatif terhadap dunia gaming kini, inisiatif ini sedikit sebanyak menunjukkan kepada orang luar bahawa gaming adalah sebuah industri yang boleh mencipta kejayaan untuk anak muda Malaysia.

Berikut adalah universiti yang telah mempunyai kelab e-sukan:

  1. UNIRAZAK – UNIRAZAK Esports Club
  2. Swinburne Kuching – Swinburne Esports Club
  3. UNIKL KL Branch – UNIKL Esports Club
  4. TARUC – TARUC Interactive Gaming Society
  5. IIUM – IIUM Esports Club
  6. UNITEN – UNITEN Esports ClubBerikut adalah universiti yang masih lagi didalam proses kelulusan:
  7. UITM Shah Alam (dan juga kampus yang lain pada masa akan datang
  8. Universiti Putra Malaysia