fbpx

Kelab West Ham Menandatangani Kontrak Pemain eSukan

West Ham United, sebuah kelab bola sepak didalam Liga Premier Barclays, kini menjadi kelab bola yang pertama menandatangani kontrak bersama pemain eSukan dari liga tersebut.

Pemain yang terpilih dengan nombor jersey 50, Sean “Dragonn” Allen adalah seorang pemain FIFA melalui akaun Twitch beliau dengan pencapaian tempat ke-2 pada pertandingan FIFA Interactive World Cup lepas.

“Saya merasa amat gembira pabila menyertai pasukan West Ham United sebagai pemain eSukan rasmi mereka. Ini adalah pencapaian yang terbesar bagi saya. Setelah sekian lama saya telah bermain FIFA secara kompetitif, maka ini adalah salah satu perkara yang penting dan besar bagi saya.” Kata beliau yang kini hanya berumur 24 tahun.

Slaven Bilic, selaku Pengurus untuk kelab tersebut berbesar hati menerima kedatangan Dragonn sebagai pemain eSukan mereka.

“Saya mengharapkan beliau akan dapat mewakili kelab ini sehingga ke seluruh dunia dengan penuh bangga – beliau sudah semestinya akan menerima sokongan penuh dari The Hammers.” Kata Slaven.

Beliau akan dikira sebagai pemain bola sepak yang lain dengan memakai jersey kelab semasa perlawanan. Kontrak seumpama ini telahpun berlaku pada kelab Wolfsburg dari Liga Bundesliga dimana menandatangani pemain eSukan David Bytheway yang berumur 22 tahun.

Industri eSukan kini semakin berkembang sehinggakan kelab bola gergasi juga akui bakat-bakat pemain kompetitif. Sebuah berita baik bagi sesiapa mempunyai impian untuk menjadi pemain bola sepak profesional di kelab gergasi ini, namun bukan takat kebolehan di padang sahaja, malah melalui alat kawalan konsol / komputer anda.

 

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen