Hari ini pemain akan mendapat kemaskini baharu untuk Call of Duty: Black Ops 3. Versi 1.04 yang boleh dimuat turun melalui konsol PS4 atau Xbox One anda akan membawa beberapa isi kandungan baharu kepada pemain khususnya untuk mod multiplayer. Kandungan seperti penambahbaikan senjata, peta dan Specialist.
Mikrotransaksi juga diperkenalkan, dimana pemain boleh pelbagai barang seperti Rare Supply Drops, Vials of Liquid Divinium untuk mod Zombies dan juga pelbagai lagi. Ianya diperkenalkan sebagai Call of Duty Points.

