fbpx

Kemaskini Forza Horizon 4 Series 22 Membawakan Kereta Rali Dari Zaman 90-an

Mahupun selepas dua tahun dari tarikh pelancaran, Forza Horizon 4 masih kerap mendapat kandungan percuma baharu, khususnya kepada pemain yang meminati jenis kereta dari pelbagai era.

Kemaskini yang telahpun mencapai Series 22, akan membawakan kereta lumba rali yang dinspiraskian dari dunia rali tahun penghujung 80-an ke 90-an.

Berikut adalah senarai kereta yang akan hadir:

  • 1990 Nissan Pulsar GTI-R
  • 1999 Ford Racing Puma
  • 1990 Toyota Celica ST185
  • 1994 Toyota Celica ST205
  • 1991 Peugeot 205 Rallye
  • 1988 Mitsubishi Starion ESi-R

Menariknya, dari senarai diatas, dua darinya adalah Toyota Celica, satu nafas baharu selepas permainan ini mendapat kelulusan untuk menggunakan jentera berjenama Toyota didalam Forza Horizon 4.

Pemain perlu bertanding semua empat Seasonal Championship untuk memenangi kereta diatas.

Sumber: Forza


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -