Seperti yang yang dijanjikan bulan lepas, akhirnya ianya hadir ke pemain semua. Kemaskini 1.09 dan 1.10 ini akan membawakan pelbagai jentera baharu disertai dengan mod kempen, sebuah mod yang selaras dengan siri GT sebelum ini. Seperti yang diumum sebelum ini, berikut adalah senarai penuh 12 kereta yang akan diberi:
- Mazda RX-7 Spirit R Type A (FD) (N300)
- Nissan Skyline GT-R V・spec II (R32) (N300)
- Nissan Skyline GT-R V・spec II Nür (R34) (N300)
- Ford F-150 SVT Raptor (N400)
- Lamborghini Countach LP400 (N400)
- Ferrari F40 (N500)
- Ferrari Enzo Ferrari (N700)
- KTM X-BOW R(N300)
- Suzuki Swift Sport (N100)
- Volkswagen Samba Bus Type 2 (T1) (N100)
- Chris Holstrom Concepts 1967 Chevy Nova (N700)
- Chevrolet Corvette Stingray Convertible (C3) (N300)
Dalam masa yang sama, GT League, sebuah mod kempen yang boleh dimainkan offline ini akan menyediakan beberapa tahap untuk dimain. Beberapa acara didalam mod ini mempunyai had jenis kereta untuk berlumba, sebuah konsep yang serupa dan biasa bagi peminat GT.
Selain dari itu, litar baharu, Kyoto Park diberi beserta dengan Scapes yang bertemakan “Season’s Greetings” atas sambutan Hari Natal kelak.
Malah, keseimbangan prestasi pada beberapa kereta juga dibuat. Kereta yang mendapat kesan adalah seperti Renault Megane Gr.4 dan juga Porsche 911 RSR Gr.3. Senarai penuh boleh dilihat didalam laman web rasmi GT Sport.
Artikel Asal: Gamer Matters

