Permainan klasik yang diolah semula, Mafia: Definitive Edition telahpun dilancarkan dan 2K membuat pengumuman untuk kandungan baharu melalui kemaskini selepas pelancarannya.
Kemaskini versi 1.03 akan membawakan mod Noir, dimana ianya membawakan pengalaman permainan ini didalam dunia hitam putih beserta kesan butiran filem yang kebiasaan dilihat dari filem zaman dahulu.
Kemaskini ini juga membawakan kebolehan untuk ubah suai elemen HUD yang anda ingin lihat. Elemen tersebut termasuklah objektif didalam dunia permainan, penanda musuh didalam peta mini, dan fungsi navigasi. Anda juga boleh buang kesemua elemen untuk HUD yang lebih minimal.
Akhir sekali, ianya juga akan membawakan mod Free Ride, namun melalui blog mereka, tiada maklumat terperinci diberi untuk fungsi ini.
Mafia: Definitive Edition kini dipasaran untuk PS4, PC (Steam, Epic Games Store), Xbox One dan Stadia.