Nvidia mengeluarkan kemaskini perisian GeForce versi 364.47 dan ianya ditarik balik sejurus selepas mengalami banyak isu terhadap penggunanya. Isu seperti skrin hitam, “blue screen of death” dan juga ketidakstabilan mencipta kemarahan kepada pengguna melalui forum rasmi Nvidia, sehinggakan ada yang menuntut waranti terhadap kad grafik mereka.
[blockquote cite=”Nvidia”]“Mengikut dari siasatan, kami dapati ianya terjadi kepada sesiapa yang kemaskini melalui cara “Express Installation”. Jikalau anda mempunyai notifikasi untuk memuat turun versi 364.47, sila jangan muat turun kemaskini tersebut.”[/blockquote]
Buat masa sementara waktu, anda disarankan mengemaskini perisian GeForce anda kepada versi 364.51 (Beta).