Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Kemaskini PlayStation 4 (3.11) – Saiz Sebesar 250MB

2

Sony hari ini mengeluarkan kemaskini baharu untuk konsol PlayStation 4 mereka, iaitu versi 3.11.

Tiada perbezaan ketara dibuat buat kemaskini kali ini selain dari penambahbaikan pada sistem itu sendiri.

Berdasarkan sumber, 3.11 akan boleh mula dimuat turun pada hari ini kepada semua pemain di seluruh dunia.

“Penambahbaikan dan juga pembaikan dari segi stabiliti sistem PS4” adalah mesej yang akan dipaparkan kepada pemain. Maka ini adalah kemaskini yang tidak akan membawa kandungan baharu berbanding dari kemaskini yang lepas.