Kemaskini Terbaharu Untuk Cities Skylines

Now Reading
Kemaskini Terbaharu Untuk Cities Skylines

Kemaskini terbaharu untuk permainan simulasi bandar, Cities Skylines. Dengan kemaskini terbaru ini ianya akan disertakan dengan beberapa kandungan terbaharu untuk game ini.

Version 1.1 – European Theme” adalah nama fail kemaskini terbaru ini dimana ianya disertakan dengan tiga peta baru yang bertemakan suasana Eropah. Juga 50 bangunan baru akan diberikan dan kandungan yang dinantikan orang ramai, kini pemain boleh membuat terowong didalam game ini.

Juga dalam masa yang sama, pemain boleh muat naik kenderaan kedalam Asset Editor untuk mencipta atau mengubah suai kenderaan didalam game ini. Maklumat lanjut tentang kemaskini, boleh didapati didalam forum Paradox Plaza.

Jakob Munthe, sebagai Brand Manager Cities Skylines berkata bahawa mereka akan sentiasa memberikan kandungan terbaru untuk pemain.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen