Permainan fantasi klasik “gothic”, Dark Souls akan mendapat remaster berdefinisi tinggi, mengikut dari pengumumannya di Nintendo Direct tempoh hari.
Dark Souls: Remastered akan hadir semula dengan penambahbaikan skala resolusi beserta dengan DLC Artorias of the Abyss, malah ianya akan dimainkan pada paras 60fps.
Remastered ini akan hadir untuk PC, PS4, Xbox One dan juga Nintendo Switch, sekaligus menjadi siri Dark Souls yang pertama kali dibawa ke konsol mudah alih.
Dalam masa yang sama, Dark Souls Trilogi juga diumum, sebuah pakej kesemua tiga episod Dark Souls didalam satu dan dipasarkan secara eksklusif untuk PS4.
Koleksi ini juga akan didatangkan barangan seperti penahan buku Dark Souls, dan beberapa cetakan seni untuk siri ini.
Kedua-dua remastered dan trilogi ini akan hadir pada 24hb Mei tahun 2018.
Artikel Asal: Gamer Matters