Kerana Drama GTA Dipaparkan, BBC Disaman Oleh Rockstar

Now Reading
Kerana Drama GTA Dipaparkan, BBC Disaman Oleh Rockstar

BBC mengumumkan bahawa mereka akan memaparkan siri drama terbaru, Game Changer yang dimana penceritaan berkenaan game yang terkenal, Grand Theft Auto V.

Namun ianya berita buruk bagi mereka bahawa Rockstar Games kini memfailkan saman terhadap BBC kerana menyalahi undang-undang. Berdasarkan fail saman tersebut, Rockstar tidak mempunyai sebarang penglibatan terhadap projek drama ini dan mereka telah melakukan beberapa pertikaian dengan BBC untuk melindungi polisi hakcipta syarikat yang terkenal dengan game siri GTA ini.

“Kami dari Take-Two Interactive (Sebuah syarikat induk Rockstar Games) telah memfailkan saman terhadap BBC atas kerana isu hakcipta syarikat.”

“Rockstar Games tiada penglibatan langsung dengan projek Game Changer ini dan tujuan kami adalah bahawa tiada pihak seperti BBC menyalah gunakan hakcipta kami untuk tujuan promosi dan jualan.”

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen