fbpx

Kerusi Gaming Acer Predator Ini Boleh Mengurut Belakang Anda

Kebiasaan kita lihat banyak syarikat membawakan kerusi gaming mereka dengan pelbagai reka bentuk disertakan dengan banyak pilihan material digunakan. Jurang harganya juga sama ada dari teramat tinggi sehingga mampu milik.

Lain pula pendekatan dari Acer kali ini. Acer yang melabuhkan tirai melalui acara striman langsung melalui acara next@Acer mengumumkan Predator Gaming Chair yang mempunyai fungsi untuk mengurut belakang anda.

Kerjasama antara OSIM, kerusi ini dilengkapkan dengan “V-Hand Massage Technology”, sebuah teknologi mimikan urutan tangan dengan pelbagai teknik urutan pada belakang badan.

Anda juga boleh mengubah urutan tersebut melalui butang tersedia pada tempat rehat tangan disebelah kanan kerusi.

Setakat ini tiada harga dan tarikh pelancaran diumum.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen