Kesemua Siri Klasik Jak & Daxter Dari PS2 Akan Hadir Ke PS4

Now Reading
Kesemua Siri Klasik Jak & Daxter Dari PS2 Akan Hadir Ke PS4

Jak & Daxter, sebuah permainan klasik dari PS2 oleh Naughty Dog pernah dilancar secara senyap kepada PS4 sebagai salah satu bonus pre-order permainan Uncharted: The Lost Legacy, ianya juga boleh didapati secara berasingan. Kali ini kesemua siri permainan tersebut akan dibawa juga ke konsol generasi kini.

Sebanyak tiga permainan Jak & Daxter dari PS2, Jak II, Jak 3 dan Jak X Combat Racing akan hadir ke PS4 dengan sokongan 4K untuk PS4 Pro. Malah, fungsi trofi juga akan dibawakan sekali.

Kesemua empat permainan ini (termasuk siri pertama yang dilancarkan sebelum ini) akan dijual sebaga berkas pada 6hb Disember nanti.

Sumber: PlayStation Blog

Artikel Asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen