Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Keuntungan Square Enix Dari Jualan MMO dan Platform Mobile

1

Selepas SEGA mengeluarkan laporan jualannya dengan kebanyakan keuntungannya adalah dari Alien: Isolation, kini Square Enix juga mengeluarkan laporan mereka.

Berdasarkan laporan kewangan mereka secara tahunan pada 31 Mar lepas, syarikat gergasi ini menyatakan bahawa mereka didalam keuntungan 49% lebih dari tahun sebelumnya walaupun tiada pelancaran game major untuk konsol.

USD$1.4 Billion adalah pendapatan kasar mereka dimana naik sebanyak 8.3% dari fiskal tahun 2014. Keuntungan yang memberangsangkan ini adalah hasil dari jualan MMO mereka Final Fantasy XIV: A Realm Reborn dan game peranti Android & IOS seperti Dragon Quest Monsters Super Light dan Final Fantasy Record Keeper.

Walaupun tiada game AAA untuk konsol bagi fiskal tahun lepas, kita semua sudah tahu bahawa E3 tahun ini akan didatangkan bersama dengan Final Fantasy XV, sebuah game yang amat dinantikan peminat.

Walaupun pendapatan jualan adalah positif, Square Enix membuat kenyataan bahawa ramalan jualan mereka pada suku pertama tahun ini akan lebih sukar berbanding tahun lepas.

Sumber