Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Kingdom Hearts III Mendapat Tarikh Pasaran – 29hb Januari 2019

24

Selepas acara Kingdom Hearts III Premier Event bulan lepas, dimana permainan itu mendapat pelbagai video gameplay untuk paparan peminat. Namun tiada tarikh pasaran ditetapkan, melainkan dari pengumuman direktor permainan tersebut iaitu tarikh pasaran akan diumum dalam masa lebih kurang sebulan kemudian. Maka spekulasi mengatakan pengumuman itu dibuat sama ada pada E3 ataupun dalam salah satu konsert Kingdom Hearts Orchestra.

Ianya akhirnya diumum terlebih awal dari acara E3 dari salah satu konsert tersebut.

Tetsuya Nomura, direktor permainan ini menyatakan kekesalan beliau mengenai kelewatan dari yang sepatutnya. Dalam masa yang sama, beberapa video trailers akan dipapar pada E3 kelak, kata beliau.

Selain dari bahan promosi yang menyatakan tahun 2018 sebagai tarikh pasarannya, nampaknya ianya akan mempunyai sedikit perbezaan selepas penundaan sebulan kemudian pada tahun 2019. Ini bukanlah pertama kali dibuat oleh Square Enix, Final Fantasy XV juga pernah mendapat isu yang sama, dimana mendapat tetapan tarikh pada September 2016, namun terpaksa ditunda tarikhnya kepada bulan November.

Kingdom Hearts III akan mula dipasarkan pada 29hb Januari untuk PS4 dan Xbox One.