Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

KOEI: Nioh Sudah Siap, Tinggal Masa Untuk Jual Pada Tarikh Ditetapkan

32

Pihak pengeluar permainan video Nioh, KOEI mengumumkan bahawa permainan ini sudah siap sepenuhnya, dan boleh dijual pada bila-bila masa sahaja. Nioh yang mula diumumkan semenjak tahun 2004, secara asalnya akan dipasarkan secara eksklusif untuk platform PlayStation 3, namun atas beberapa tundaan dan isu, ianya dibawa sehingga generasi konsol kini, PlayStation 4.

Percubaan Beta pernah diberikan kepada pemain pada beberapa bulan lepas dan ianya mendapat reaksi positif oleh peminat. Tarikh jualan telahpun diumum iaitu pada 9hb Februari tahun ini. “Gone Gold”, adalah terma yang sering dikait tentang permainan video siap sepenuhnya sebelum tarikh pelancaran, dan pihak krew untuk permainan ini haruslah dipuji.

Nioh adalah sebuah permainan hack-slash dengan bertemakan Jepun klasik yang dibina oleh studio bernama Team Ninja, sebuah studio yang pernah mempunyai permainan video popular seperti Ninja Gaiden dan siri Dead Or Alive.