Dengan beberapa maklumat tertiris dilaman web, nampaknya koleksi Bioshock akan kembali dengan versi remastered untuk konsol generasi baharu PlayStation 4 dan Xbox One.
Sebuah badan penilaian di Brazil telah menyatakan didalam laman webnya bahawa BioShock: The Collection akan hadir untuk PS4 dan Xbox One pada masa akan datang. Ini memandangkan bahawa ketiga-tiga siri Bioshock akan datang semula didalam siri koleksi tersebut. Namun, tiada maklumat seperti tarikh pemasaran dipaparkan kepada umum
2K Games, selaku pengeluar siri game Bioschock juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi setakat ini. Sama-sama kita nantikan berita baik buat peminat semua.