Peminat Uncharted? Naughty Dogs kini mengumumkan bahawa koleksi istimewa akan dikeluarkan untuk Uncharted: The Nathan Drake Collection yang dijadualkan untuk pasaran pada oktober ini.
Anda juga meminati: Koleksi Uncharted: Nathan Drake Oktober Ini
Koleksi istimewa ini membawakan beberapa tambahan isi kandungan seperti:
- 48 Muka surat “The Art of Uncharted Trilogy” daripada koleksi Uncharted Drake’s Fortune, Among Thieves dan Drake’s Deception.
- Edisi Steelbook untuk game Uncharted: The Nathan Drake Collection
- Beberapa set pelekat istimewa
Uncharted: The Nathan Drake Collection akan mula dipasarkan pada Oktober ini. Manakala untuk siri Uncharted 4: A Thief’s End akan berada dipasaran pada Mac tahun hadapan.

