Final Fantasy XII telahpun berada dipasaran sekian lama semenjak dari generasi PlayStation 2 lagi. Namun, selepas hampir 10 tahun dari tarikh pasaran, permainan ini akan hadir semula didalam bentuk remastered untuk PlayStation 4 pada 11hb Julai nanti.
Bersempena dengan penjualan semula tersebut, Square Enix mengumumkan koleksi khas untuk peminat, Final Fantasy XII: The Zodiac Age dengan pelbagai versi seperti dibawah.
Versi pertama adalah Collector’s Edition yang dijual pada harga paling mahal, iaitu USD $199.99 (~RM890)

- 1 unit permainan video Final Fantasy XII Remastered (PS4)
- Cakera dengan runut bunyi permainan Final Fantasy XII
- Kotak cakera jenis Steelbook
- Set “Judge Magisters” Bust Eksklusif – Judges Bergan, Drace, Gabranth, Ghis, and Zargabaath
- 6 kad art set Eksklusif – untuk karakter seperti, Vaan, Ashe, Basch, Fran & Balthier, Penelo and World of Ivalice
- DLC Muzik latar belakang yang boleh dimainkan semasa bermain
Versi ini hanya dijual secara eksklusif didalam atas talian, melalui laman web rasmi Square Enix
Manakala versi kedua adalah Limited SteelBook Edition dengan harga jualan USD $49.99 (~RM222).

- 1 unit permainan video Final Fantasy XII Remastered (PS4)
- Kotak cakera jenis Steelbook yang mempunyai lakaran khas dari Akihiko Yoshida
- DLC Muzik latar belakang yang boleh dimainkan semasa bermain
Dua lagi versi juga dijual sebagai Standard Edition dan PlayStation Store Pre-Order.
Artikel berkaitan: Perlukah anda membeli semula permainan “Remastered“?
- Iklan -

