Jikalau anda minat dengan peralatan PC seperti kad grafik dan motherboard, maka anda pernah dengan jenama EVGA sebelum ini. Jenama yang berasal dari Amerika Syarikat, ianya adalah satu jenama yang amat terkenal kepada pemain dan peminat platform PC.
Namun, mereka telah berubah angin dengan memperkenalkan komputer riba gaming pertama mereka pada acara CES yang lepas. Hari ini, maklumat lebih lanjut dipertontonkan kepada pihak umum dengan pelbagai info seperti harga dan spesifikasi.
EVGA SC17 adalah sebuah komputer riba gaming yang bersaiz 17 inci, disertai dengan skrin yang beresolusi 4K. Namun sebagai unit komputer riba gaming yang pertama, maka EVGA mengenakan sentuhan aluminium untuk menunjukkan kualiti dan kemasan oleh mereka. Harga rasmi yang diketahui untuk pasaran Amerika Syarikat ini adalah dari $2,700 (Anggaran RM11,000), mempunyai spesifikasi yang agak tinggi:
- Intel Core i7-6820HK CPU
- Kad Grafik Nvidia GeForce GTX 980M dengan 8GB GDDR5 VRAM
- 32GB of 2,666MHz DDR SO-DIMM RAM (dua modul 16GB)
- 256GB M.2 SSD, 1TB 7,200RPM HDD
- HDMI dan dua Mini DisplayPort output
- Dua USB 3.0 ports, 1 USB-C port
- Papan kekunci dengan lampu latar belakang yang berwarna putih
- Rangka alumminium bersaiz 1.05 inci dengan keberatan 3.69 KG
Setakat ini tiada lagi berita kini tentang kehadiran EVGA SC17 ke pasaran Malaysia.

