Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Konsol Perlu Ada Grafik Setting Seperti Mana di PC – Kata Pembina Project Cars

17

Kebiasaanya kita selalu melihat setting untuk kualiti grafik game didalam PC. Namun tidak bagi pembina Project Cars, dimana game perlumbaan terbaru mereka mempunyai fungsi tersebut untuk Xbox One & Playstation 4.

Fungsi berikut didalam menu “Visual FX” seperti gambar dibawah. Fungsi seperti “Post-Processing Filters”, “Lens Flare”, hujan, “Screen Dirt” dan fungsi-fungsi yang lain.

Project Cars Fungsi Grafik
Contoh Menu Untuk Fungsi Grafik di Project CARS

Pasti korang tertanya, mengapa mereka melakukan setting ini?

Andy Tudor, Pengarah Kreatif mengatakan:

“Pemilik konsol perlu ada hak yang sama seperti pemilik PC dimana mereka boleh set kualiti atau membuat pilihan dimanakah setting grafik yang mereka suka. Sama ada dari segi setting visual mahupun cara bagaimana pergerakan kamera itu sendiri” kata Tudor.

“Game perlumbaan kini sudah matang dimana peminat genre ini ingin mempunyai sesuatu seperti fungsi ini dari konsol mereka” katanya lagi.

Sumber

Mengikut pengedar-pengedar di Malaysia, game ini boleh didapati secara Pre-Order dan anggaran penghantaran stok adalah pada 12 May 2015.

 

- Iklan -