Seperti yang dinyatakan oleh Akio Otsuka beberapa hari yang lalu, Kojima Productions, salah sebuah studio yang membina siri Metal Gear Solid kini sudah dibubarkan.
Walaupun kenyataan itu tidak rasmi, namun beliau adalah salah satu sumber yang boleh dipercayai atas kerana peranan beliau sebagai pelakon alih suara Solid Snake didalam siri game tersebut.
Kini isu tersebut tampak lebih benar adalah kerana sumber dari Polygon menyatakan bahawa Konami kini mengeluarkan reka bentuk kotak baharu untuk Metal Gear Solid V: The Phantom Pain dengan ketiadaan logo Kojima Productions. Kenyataan “A Hideo Kojima Game” juga telah dipadam berbanding dengan kotak yang lama.
Banyak spekulasi menyatakan bahawa ini adalah isu antara pihak pengurusan Konami dengan Hideo Kojima itu sendiri. Namun masih lagi setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Konami ataupun Kojima.

