Malaysian Gamers Gathering (MGG) adalah sebuah program yang mengalakkan aktiviti sosial sesama gamers dengan konsep lepak & chill. Program ini dianjurkan oleh APU (Asia Pacific University of Technology & Innovation) eSports Club, sebuah organisasi kelab baharu didalam kampus APU.
Program ini akan diadakan di APU, Bandar Teknologi Malaysia, Bukit Jalil pada 11hb Jun (Sabtu) dari jam 2 petang hingga 8:30 malam. Pelbagai aktiviti dibuat, seperti sesi bualan “Learn from the pro” bersama MVP.Karnal (Juara CS:GO, AGES 2016) dan Infinite_AmTuah (Juara FIFA16, AGES 2016). Program gaming “Free-2-Play” juga disediakan buat pengunjung untuk bermain game seperti Overwatch, Counter Strike: Global Offensive, Call of Duty: Black Ops III, FIFA 16 dan banyak lagi.
Sesi dialog bersama organisasi eSports Malaysia juga disediakan, beserta dengan program berbuka puasa bersama peserta semasa waktu Maghrib.
BACA: #TwtupGamersMY – Program Yang Mengakrabkan Sesama Gamers di Malaysia
Pendaftaran adalah percuma, namun tempat adalah terhad, anda boleh mendaftar melalui atas talian disini. Program ini adalah ditaja oleh NVidia dan ZOTAC dengan usahasama eSports Malaysia.