fbpx

Lagu Tema Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 Kini Didalam Spotify

Selepas pelancaran pengolehan siri pertama dan kedua permainan papan luncur klasik Tony Hawk’s beberapa hari yang lepas, Activision melancarkan senarai lagu tema yang boleh dimainkan didalam Spotify.

Lagu-lagu yang boleh dimainkan adalah seperti Blood Brothers dari Papa Roach, Guerilla Radio dari Rage Against the Machin, Superman dari Goldfingers dan juga lagu-lagu lain yang anda boleh lihat senarainya di Spotify.

Setakat ini hanya 18 lagu sahaja didalam senarai berikut dan beberapa lagu diperkatakan akan ditambah dalam masa ke semasa.

Tony Hawk’s Pro Skater adalah permainan papan luncur yang terkenal semasa era PlayStation dahulu dan akan dioleh semula sebagai gabungan dua permainan, Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 untuk platform PS4, Xbox One dan PC (Epic Games Store) yang akan hadir pada 4hb September ini.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen