Laporan baharu dikeluarkan oleh DFC Intelligence, melalui IGN berkenaan dengan industri permainan video untuk pertengahan tahun 2020 membawakan pelbagai statistik menarik kepada umum.
Melalui laporan tersebut, jumlah pemain video yang aktif diseluruh dunia telah mencecah sebanyak 3.1 bilion. Sebagai perbandingan jumlah penduduk dunia adalah sebanyak 7.8 bilion (Pada Ogos 2020), ini bermakna, jumlah pemain video adalah merangkumi hampir 40% dari penduduk dunia.
Menariknya, dari jumlah 3.1 bilion tersebut, 48% darinya adalah pemain melalui platform PC. Manakala 8% darinya adalah pemain konsol yang mempunyai kualiti kuasa pembelian tertinggi dari kelompok yang lain.
Data ini juga mungkin bertindih dengan pemain mudah alih yang juga memliki konsol atau PC.
Laporan dari DFC juga mempunyai perbandingan dari benua masing-masing. Dari laporan tersebut, Asia mempunyai jumlah majoriti merangkumi 53%, iaitu bersamaan dengan 1.6 bilion pemain.
Anda boleh lihat pecahan tersebut melalui carta dibawah. Untuk makluman, MENA adalah benua Timur Tengah bersama Afrika Utara.

Sumber: DFC Intelligence melalui IGN.

