ASUS Malaysia membuat pengumuman bahawa dua varian untuk siri laptop gaming mampu milik, TUF FX504, kini hadir di Malaysia, yang didatangkan dengan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1060. Ini adalah siri baharu yang menggantikan varian yang sebelumnya, iaitu kad grafik GTX 1050Ti.
Dengan tambahan kuasa untuk varian ini, FX504 akan didatangkan dengan HyperCool, dan RAM memori sebanyak 6GB, jenis GDDR5 dari sebelumnya hanya pada paras 4GB.
Manakala untuk varian yang paling murah pula, model FX504G-ME4308T dijual pada paras harga hanya RM3,999 sahaja. Namun, ianya dibina dengan material plastik “black matter” seperti gambar diatas. Ianya juga dipasang dengan Intel i5 generasi ke-8 dan cakera keras 1TB. Namun untuk pilihan lain akan didatangkan dengan 1TB Seagate Firecude SSHD dengan material yang lebih premium.
Untuk varian yang tertinggi, model FX504G-MEN039T pula akan didatangkan dengan cip Intel i7-8750H dengan skrin 120Hz pada paras 3ms, yang akan dijual pada harga RM4,999.
Semestinya ini sebuah laptop yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin mencari laptop gaming yang berpatutan dengan Kad Grafik yang bagus.
Artikel Asal: Gamer Matters