fbpx

Laptop Gaming Lenovo Legion 2020 Bakal Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM3,599

Lenovo Malaysia telah mendedahkan senarai penuh siri laptop gaming mereka, Lenovo Legion untuk siri 2020.

Ini adalah mengikut dari pelancarannya laptop Legion 5i dan 7i mereka beberapa bulan yang lepas, dan kini bakal tiba di Malaysia termasuk beberapa model lain.

Beberapa perubahan dibuat untuk siri 2020 ini namun didalam skala yang kecil, khususnya pada reka bentuknya. Namun, dari segi spesifikasi laptop, ianya bakal mendapat perubahan besar dan mengikut dari Lenovo, perubahan tersebut adalah berdasarkan maklum balas dari pengguna.

Papan kekunci juga diubah dan dilengkapkan dengan suis jenis Truestrike, yang membawakan pengalaman lebih lembut, seakan papan kekunci dari siri Lenovo Thinkpad. Susun atur papan kekunci juga diubah dengan sokongan RGB untuk sesetengah model.

Berikut adalah senarai penuh model-model yang bakal dijual oleh Lenovo Malaysia.

Lenovo Legion 5

Lenovo Legion 5 (15ARH05)

  • CPU: AMD Ryzen 5 4600H
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB GDDR6
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storan: 256GB SSD M.2 2280 PCIe NVMe
  • Paparan: 15.6″ FHD (1920×1080) IPS 250nits Anti-glare, 120Hz
  • Harga: dari RM3,599

Lenovo Legion 5i

- Iklan -

Lenovo Legion 5i (15IMH05)

  • CPU: Intel Core i5-10300H
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB GDDR6
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storan: 512GB SSD M.2 2280 PCIe NVMe
  • Paparan: 15.6″ FHD (1920×1080) IPS 250nits Anti-glare, 120Hz
  • Harga: dari RM4,199

Lenovo Legion 5i (15IMH05H)

  • CPU: Intel Core i7-10750H
  • GPU: NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storan: 512GB SSD M.2 2280 PCIe NVMe
  • Paparan: 15.6″ FHD (1920×1080) IPS 250nits Anti-glare, 120Hz

Lenovo Legion 5Pi

Lenovo Legion 5Pi (15IMH05H)

  • CPU: Intel Core i7-10750H
  • GPU: NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6
  • RAM: 16GB (2 x 8GB) DDR4
  • Storan: 512GB SSD M.2 2280 PCIe NVMe
  • Paparan: 15.6″ FHD (1920×1080) IPS 300nits Anti-glare, 144Hz, 100% sRGB Gamut, Dolby Vision
  • Tiada kamera web
  • Harga: dari RM6,399

Pra-tempah akan mula dibuka pada 1hb Jun ini dengan beberapa tawaran seperti barangan percuma berjumlah RM5,436 diberi, salah satunya adalah monitor gaming Lenovo Y44w-10.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -