fbpx

Laptop Gaming Nipis – ROG Zephyrus G15 Tiba Di Malaysia

Laptop Gaming ROG Zephyrus G15 adalah sebuah laptop pengganti ROG Zephyrus G GA502 tahun yang lepas. Manakala untuk tahun 2020, siri laptop nipis ini mendapat perubahan serba baharu dengan struktur nama yang lebih menarik.

Satu penambahbaikan yang besar disini adalah AMD Ryzen CPU, dimana ia menggunakan siri Ryzen Mobile 4000, khususnya Ryzen 7 4800HS. Dengan menggunakan cip Renoir ini, prestasi laptop ini bukan sahaja lebih laju, namun ianya akan meningkatkan kadar penjimatan kuasa yang lebih tinggi.

Untuk kerangka, kenipisannya lebih dari 20mm dan masih mampu membawakan spesifikasi yang bagus. Semestinya laptop ini sesuai untuk sesi permainan dengan reka bentuk ultrabook yang cantik.

Untuk model di Malaysia (GA502I-UHN095T), berikut adalah spesifikasi:

  • CPU: AMD Ryzen 7-4800HS
  • GPU: Nvidia GeForce GTX 1660Ti Max-Q GDDR6 6GB
  • RAM: 8GB DDR4 3200
  • Storan: PCIE NVME 1TB M.2 SSD
  • Paparan: 15.6″ 1080p IPS Panel 144Hz Adaptive Sync
  • Harga: RM5,299

Mengikut dari ASUS Malaysia, mereka telah mengesahkan ROG Zephyrus G15 kini tersedia dipasaran.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -