Laptop ROG Baharu Dari Asus Mempunyai Ekzos Yang Besar

Asus amat sinonim dengan siri laptop gaming mereka yang bernama ROG (Republic Of Gamers). Kini mereka mengumumkan bahawa siri laptop baharu mereka, GX700 yang mempunyai ekzos yang besar dengan spesifikasi yang memberangsangkan.

Ekzos yang bersaiz agak besar ini adalah kerana ianya sebuah sistem penyejukan air yang seringkali kita lihat pada Gaming PC.

Laptop ini akan didatangkan dengan cip pemprosesan Intel K-Series Skylake yang boleh ditambah baik melalui teknik Overclock. Cip grafik pula tidak diketahui setakat ini, namun ianya diperkatakan akan dibawa jenis cip dari NVIDIA yang berkuasa tinggi. Skrin pula bersaiz 17 inci dengan resolusi 4K.

Setakat ini tiada berita bahawa laptop ini akan dibawa ke Malaysia dan informasi tentang harga masih lagi tidak diketahui.

Galeri Gambar (Sumber dari The Verge):

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen