Kontroversi Sony bermula mengenai keputusan mereka untuk menerbitkan permainan parti pertama mereka, Horizon Zero Dawn dan Death Stranding ke platform PC. Banyak peminat menyatakan ketidakpuas hati mereka atas keputusan berikut.
Namun, nampaknya keputusan tersebut terus berlaku dimana laporan korporat Sony untuk 2020 menyatakan sasaran mereka untuk membawakan lebih banyak permainan parti pertama (atau eksklusif untuk PlayStation) bakal hadir ke platform PC.
Keputusan ini dibuat atas sebab potensi penjanaan keuntungan yang lebih kepada syarikat. Tambahnya lagi, ini adalah rancangan strategik syarikat, khususnya membawa model perniagaan mereka kearah lebih positif.
Malah, Sony melihat platform PC sebagai pesaing diatas peningkatan jumlah pemain dan di platform tersebut dan relevannya PC didalam industri sekarang.
Namun, Sony masih lagi tidak menyatakan apakah permainan yang bakal dibawa dan berkemungkinan besar Sony hanya membawakan sesetengah tajuk permainan sahaja ke PC untuk menarik perhatian pemain membeli konsol PS4 supaya mendapat pengalaman sepenuhnya atau sekuel permainan tersebut.